Selasa, 30 Oktober 2012

BERAPA NILAI DIRI ANDA ??!!

Dari kecil ibubapa kita telah memberi kita dorongan agar belajar rajin-rajin supaya besar nanti boleh dapat kerja yang bagus-bagus..dapat gaji besar..boleh bantu keluarga.Apabila kita gagal atau mendapat pencapaian yang rendah dalam matapelajaran..kita dimarahi..marah bukan bererti benci tetapi sebagai ibubapa,mereka risau andai kita tidak pandai kita tidak akan mendapat pekerjaan yang baik....

Kita berusaha demi mencapai impian ibubapa kita dan masa depan kita..Kita belajar rajin-rajin demi memenuhi impian mereka sehingga kita mendapat segulung ijazah hasil kerja keras kita belajar dan tiba masanya kita membalas jasa ibubapa kita dengan harapan lepas belajar dapat pekerjaan yang bagus..gaji yang tinggi setanding dengan ijazah yang kita miliki...tetapi kita lupa,diluar sana ramai yang sepandai kita..memiliki segulung ijazah..mengharapkan diri mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi..sama seperti kita untuk membalas jasa ibu bapa kita.Tapi apakan daya selepas berhempas pulas,alhamdulillah kita berjaya mendapat pekerjaan tetapi pekerjaan yang kita dapat tidak selayak nilai ijazah yang kita dapat.

Kerana tiada pengalaman kerja..ijazah yang kita dapat tidak layak mendapat jawatan yang sepatutnya kita dapat kerana tiada pengalaman kerja.Dan bekerjalah kita demi sesuap nasi...Kalau memilih kerja alamatlah menganggurlah kita..." takpa..cari pengalaman kerja dulu..." mungkin kata-kata itu sering bermain di hati kita..dan bekerjalah kita bertahun-tahun sampailah sekarang.Masih ditahap yang sama...Gaji pun naik sedikit kerana...Kita tidak PANDAI KIPAS BOS..NAK CARI KERJA LAIN FIKIR BANYAK KALI...Macam-macam alasan yang munasabah untuk kita terus bekerja di syarikat yang sama.....
Tanpa kita sedari kita telah meletakkan HARGA DIRI KITA tidak setanding dengan NILAI IJAZAH / PENGALAMAN kita.Kita tahu kita sebagai KHALIFAH di bumiNYA.Kita menzalimi diri kita sendiri..

PS: Jangan marah hanya untuk berkongsi..pasti kita berjaya meningkatkan taraf hidup kita.ALLAH tidak suka hambaNYA miskin tetapi andai kita menjadikan kemiskinan sebagai titik tolak untuk kita berusaha mengubahnya pasti kita boleh!!!