Dari kecil ibubapa kita telah memberi kita dorongan agar belajar rajin-rajin supaya besar nanti boleh dapat kerja yang bagus-bagus..dapat gaji besar..boleh bantu keluarga.Apabila kita gagal atau mendapat pencapaian yang rendah dalam matapelajaran..kita dimarahi..marah bukan bererti benci tetapi sebagai ibubapa,mereka risau andai kita tidak pandai kita tidak akan mendapat pekerjaan yang baik....
Kerana tiada pengalaman kerja..ijazah yang kita dapat tidak layak mendapat jawatan yang sepatutnya kita dapat kerana tiada pengalaman kerja.Dan bekerjalah kita demi sesuap nasi...Kalau memilih kerja alamatlah menganggurlah kita..." takpa..cari pengalaman kerja dulu..." mungkin kata-kata itu sering bermain di hati kita..dan bekerjalah kita bertahun-tahun sampailah sekarang.Masih ditahap yang sama...Gaji pun naik sedikit kerana...Kita tidak PANDAI KIPAS BOS..NAK CARI KERJA LAIN FIKIR BANYAK KALI...Macam-macam alasan yang munasabah untuk kita terus bekerja di syarikat yang sama.....
Tanpa kita sedari kita telah meletakkan HARGA DIRI KITA tidak setanding dengan NILAI IJAZAH / PENGALAMAN kita.Kita tahu kita sebagai KHALIFAH di bumiNYA.Kita menzalimi diri kita sendiri..
PS: Jangan marah hanya untuk berkongsi..pasti kita berjaya meningkatkan taraf hidup kita.ALLAH tidak suka hambaNYA miskin tetapi andai kita menjadikan kemiskinan sebagai titik tolak untuk kita berusaha mengubahnya pasti kita boleh!!!
PS: Jangan marah hanya untuk berkongsi..pasti kita berjaya meningkatkan taraf hidup kita.ALLAH tidak suka hambaNYA miskin tetapi andai kita menjadikan kemiskinan sebagai titik tolak untuk kita berusaha mengubahnya pasti kita boleh!!!