Selasa, 4 Oktober 2011

ASMA

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Asma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Patologi

Patogenesis

Masalah utama kelihatannya sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma menunjukkan keradangan melampau di laluan udara.
Epidemiologi memberikan bukti kepada patogenesis: serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh dunia; asma lebih biasa di negara kaya, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.
Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang mengendalikan serangan jangkitan bakteria. Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana, kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain terbentuk. "Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai peningkatan asma dikalangan penduduk kaya.
Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri daripada sesetengah parasit, seperti cacing pita. Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah alahan.
Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran udara. Sungguhpun diketahui secara meluas bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara menurun dengan jelas dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma meningkat.
Pencetus biasa serangan asma termasuk:
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.

Gejala

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

* Kami di K-LINK mengamalkan konsep Cleansing+Balancing+Activating 
( CBA: pembersihan+penyeimbangan+pengaktifan ).
Berikut adalah produk yang disarankan. *

Produk K-LINK yang disarankan
1. Riddance ( cleansing ) -minimum 1 paket ,diminum  1x1peket setiap pagi sebelum makan disertai 
                                          banyak minum air suam.( kotak pertama 2peket sehari untuk 5hari berturut-turut)

2. K-Liquid Chlorophyll ( CBA ) - sukatan 3 x1 sudu besar dilarutkan dalam 1 gelas air setiap hari
                
3. Propolis Platinum - sukatan 2-3x 3-5 titis sehari. Maksima untuk orang dewasa boleh sampai
                                 40 titis   sehari.Untuk membantu mematikan bakteria atau kuman yang                        
                                 menginfeksi  tubuh bersifat sebagai antibiotik semulajadi.

4.K-Sauda VCO - Makan 2x1 kapsul menguatkan organ hati dan meningkatkan kekebalan tubuh dalam 
                              mematikan virus.
Selepas selesai mengambil riddance, anda boleh menambah Ayulite + Ayuasmobagi mengaktifkan balik fungsi anggota tubuh manusia.